Home Artikel PAS Sabah

Pemuda PAS Papar Prihatin Asnaf Terjejas PKP

247
SHARE

Hasbullah Baharudin
10 Ogos 2020

PAPAR: Dewan Pemuda PAS Kawasan Papar turun ke lapangan membantu asnaf yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada hari Sabtu yang lalu di Kampung Bambangan.

Pemuda PAS Papar telah menyampaikan barang keperluan asas kepada 2 buah keluarga iaitu keluarga Encik Atan dan Puan Rosmawati di kediaman mereka.

Ziarah kebajikan ini diketuai oleh Hendri Hamsah, Ketua Pemuda PAS Kawasan Papar bersama AJK yang lain.

Pemuda PAS Papar tetap komited dengan program kebajikan walaupun dalam suasana kemelut politik Sabah demi menjaga kebajikan masyarakat Papar.

“Agenda kebajikan ini tidak harus dibiarkan kerana terlalu ramai lagi rakyat kita khususnya di kawasan Papar ini yang masih memerlukan bantuan,” ujar Hendri.

Tambahnya, Pemuda PAS Papar mengharapkan semoga dengan sedikit bantuan ini dapat meringankan kepayahan yang dihadapi oleh masyarakat yang memerlukan.