Home Artikel PAS Melaka

PAS Kawasan Tangga Batu bermesyuarat agung tahunan kali ke-17

280
SHARE

 

Oleh : Kamil Saufee

TANGGA BATU, 10 Ogos : PAS Kawasan Tangga Batu telah menjalankan Mesyuarat Agung Tahunan buat kali ke-17 di Dewan Darul Ta’alim Sungai Udang di sini malam tadi.

Majlis bermula seawal jam 6.30 petang dengan pendaftaran para perwakilan yang terdiri daripada cawangan-cawangan PAS serta perwakilan dari Dewan Pemuda dan Muslimat.

Majlis kemudian diteruskan dengan solat maghrib berjemaah dengan diimamkan oleh Naib Yang dipertua PAS Kawasan Tangga Batu, Mohd Hanim Abas.

Majlis perasmian bermula tepat jam 8.30 malam dengan didahului nyanyian lagu Negaraku, lagu Melaka dan lagu rasmi PAS serta bacaan ayat suci Al Quran yang dibacakan oleh Mohd Arasy.

Mesyuarat agung ini telah dirasmikan oleh Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri Melaka, Tuan Guru Ustaz Zulkifli Ismail.

Selain itu, turut diadakan pelancaran kutipan sumbangan bagi dana pembangunan SRITI Al Fattah iaitu untuk membagunkan kompleks pendidikan di dalam Kawasan Tangga Batu.

Antara tetamu kehormat yang hadir pada majlis ini ialah Timbalan Pesuruhjaya-2 PAS Melaka, Ustaz Imran Abdul Rahman mewakili Badan Perhubungan PAS Melaka, Tuan Guru Ustaz Jalaluddin Abdul Wahid, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu, Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah dan Timbalan Ketua BERSATU Bahagian Tangga Batu, Ridwan Mustafa.


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)