Home Artikel PAS Sabah

PAS Batu Sapi Istiqamah Menjaga Kebajikan Masyarakat Batu Sapi

264
SHARE

Oleh : Laila Ismail
10 Ogos 2020

BATU SAPI : PAS Batu Sapi menyampaikan sumbangan kepada asnaf-asnaf di sekitar kampung Batu Sapi iaitu Kg Nanas, Kg Kombo Laut dan Kg Kombo Darat pada petang semalam.

Ziarah di ketiga-tiga cawangan PAS Batu Sapi ini diketuai oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Sabah merangkap Naib Yang di-Pertua PAS Batu Sapi Pn Norsah Bongsu. Beliau telah menyampaikan 100 pek sumbangan berupa barangan dapur bertujuan meringankan beban keluarga yang terkesan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan sejak Mac lepas.

Beliau turut merakamkan jutaan terima kasih kepada para dermawan yang tidak pernah berhenti menyumbangkan wang ringgit untuk membantu mereka yang mengalami kemerosotan pendapatan sepanjang tempoh PKP ini.

“Sama-samalah kita berdoa kepada Allah agar kita semua sentiasa diberikan bantuan oleh Allah dalam menjalani kehidupan mendatang lebih-lebih lagi ketika musim Covid ini,” tambah beliau lagi.

Turut hadir bersama semalam ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Batu Sapi, Masru Mustaqeem serta ketua-ketua cawangan dari kampung tersebut.