Home Berita PAS Sabah

Pemuda PAS Semporna Komited Bantu Keluarga Terputus Bekalan Makanan

890
SHARE

Oleh: Aizal Samsaruddin
23 April 2020

SEMPORNA: Pemuda PAS Semporna terus komited membantu keluarga yang terjejas bekalan makanan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sekitar parlimen Semporna dekat sini semalam.

Misi mengagihkan bantuan bagi fasa kedua PKP ini telah di sampaikan oleh, Razis Asparin daripada Lajnah Kebajikan Pemuda PAS Semporna.

Katanya, “kami daripada pemuda PAS hari ini turun padang walaupun cuaca kurang mengizinkan kerana hujan, namun atas dasar keprihatinan kami tetap turun bagi membantu 40 keluarga lagi yang telah terjejas bekalan makanan dalam fasa kedua PKP ini”.

“Melihat reaksi penerima sumbangan ini, kelihatan tampak senyuman gembira mereka apabila melihat kami datang. Dan mereka juga turut mendoakan kami apabila agihan sumbangan diberikan. Saya juga turut bersimpati atas nasib yang menimpa keluarga mereka”. Tambahnya lagi.

Selain itu, Pemuda PAS Semporna juga tidak ketinggalan turut menyantuni pihak Polis dengan membekalkan air mineral semasa mereka bertugas di sini semalam.

“Kami daripada Pemuda PAS Semporna merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada penyumbang dan kepada semua yg terlibat dalam membantu penduduk terputus bekalan makanan sepanjang PKP ini. Diharap semua rakyat Malaysia khususnya Semporna bersabar atas ujian yg kita hadapi dan sentiasa berdoa kepada Allah”. Ujarnya lagi.

Turut terlibat dalam agihan ini ialah Timbalan Ketua Pemuda PAS Semporna, Shahril Shazwan Shahruddin.