Home Berita PAS Melaka

PAS Kawasan Masjid Tanah anjur diskusi bedah buku bersama Dr Fadhli Ghani

489
SHARE

Oleh : Ibnu Janie

MASJID TANAH, 6 September : PAS Kawasan Masjid Tanah telah menganjurkan program ‘Diskusi Bedah Buku Islam dan Kebangsaan’ sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan yang telah berlangsung di markaz kawasan di Jalan Hujan Panas di sini malam tadi.

Pembentangan bagi program bedah buku ini telah disempurnakan oleh Pengarah Islamic Institute Of Independent Research On Democracy, Dr Mohd Fadhli Ghani.

 

Buku berjudul Islam dan Kebangsaan ini merupakan karya terbaru nukilan Presiden PAS, YB Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang yang diterbitkan sempena Hari Kebangsaan baru-baru ini.

Program bermula dengan solat mahgrib berjemaah diikuti dengan kuliah Haraki mingguan yang disampaikan oleh Timbalan Pesuruhjaya-1 PAS Melaka, Ustaz Wan Zahidi Wan Ismail sementara slot diskusi bedah buku ini pula bermula selepas solat Isyak.

Turut hadir di dalam program ini ialah Ketua Bersatu Bahagian Masjid Tanah, YB Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati Samsudin, Ketua Penerangan PAS Melaka, Haji Bakri Jamaluddin, Setiausaha Badan Perhubungan PAS Melaka, Asri Shaik Abdul Aziz, dan Timbalan Pesuruhjaya-2 PAS Melaka yang juga Yang Dipertua PAS Kawasan Masjid Tanah, Ustaz Imran Abdul Rahman dan pimpinan-pimpinan Bersatu Bahagian Masjid Tanah.


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)