Home Artikel PAS Sabah

PAS Kudat anjur Liga Sepak Takraw Santai siri 2

229
SHARE

Oleh : Suziana Ghani
6 September 2020

KUDAT: Liga Sepak Takraw Santai siri 2 telah berlangsung dengan jayanya di Gelanggang Panggung Medan Star, Kudat di sini kelmarin.

Program anjuran Lajnah Sukan PAS kawasan Kudat dengan kerjasama Klinik Kesihatan Kudat ini terhad kepada 12 regu sahaja.

Abu Baqir, Pengerusi Lajnah Sukan PAS Kudat yang juga merupakan pengarah program menyatakan, perlawanan ini diadakan bagi mendekatkan PAS dengan masyarakat.

Antara acara menarik sepanjang program berlangsung ialah hadiah cabutan bertuah yang bertemakan untukmu isteri.

“Harapan kami melalui aktiviti seperti ini dapat menggalakkan budaya hujung minggu sihat serta memupuk semangat setia kawan dalam kalangan belia,” ujarnya.

Johan telah disandang oleh regu Nanyang, tempat kedua regu Bubuk manakala tempat ketiga menyaksikan kemenangan bersama Sawadikap dan Manja yang membawa pulang medal serta hamper.

Hadiah saguhati turut diberikan kepada semua regu yang tidak berjaya dan semua hadiah ini telah disampaikan oleh Azaman Madusin, Setiausaha PAS kawasan Kudat.

Menurut Abu Baqir, siri 2 ini merupakan pertandingan susulan yang telah berlangsung pada bulan ogos lepas.