Home Berita PAS Melaka

Kesultanan Melayu Melaka ditubuhkan 1262M, bukan 1400M – Dr Fadhli Ghani

3435
SHARE

Oleh : Ibnu Janie

MASJID TANAH, 6 September : Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka sebenarnya ditubuhkan pada tahun 1262 masihi dan bukannya pada tahun 1400 seperti yang tercatat dalam buku sejarah di sekolah-sekolah.

Dakwaan yang mengatakan bahawa Kesultanan Melayu Melaka ditubuhkan pada tahun 1400 sebenarnya diambil dari rekod catatan sejarah orang-orang Portugis.

Menurut Dr Mohd Fadhli Ghani, kebanyakan pakar-pakar sejarah dan profesor-profesor di universiti memang tidak bersetuju dengan tarikh 1400 masihi itu namun ia masih belum diubah di dalam silibus-silibus sejarah di sekolah-sekolah.

Tambah Dr Fahdli lagi, dengan fakta ini menjadikan Melaka sebagai pusat kecemerlangan Islam dan dakwah yang terbesar di nusantara ketika itu selama lebih tiga abad sebelum dijajah oleh Portugis pada 1511.

“Sebab itulah Negeri Melaka pada ketika itu ada undang-undang Hukum Kanun Melaka yang dahulu menjadi sumber rujukan bagi undang-undang Islam yang dipraktikan hampir di seluruh negeri di alam Melayu ini.

“Kita pergi ke Perak ada Undang-undang 99 Perak, ada Undang-undang Kedah, Kanun Pahang, Kanun Brunei. Saya tengah menulis satu penyelidikan berkaitan teks hukum Kanun Adat Negeri dan Tafahus Kelantan. Itu pun hukum basicnya memang daripada undang-undang Melaka.”

Dr Fadhli yang merupakan Pengarah Islamic Institute Of Independent Research On Democracy berkata demikian ketika menjadi pembentang di dalam program ‘Diskusi Bedah Buku Islam dan Kebangsaan’ sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan anjuran PAS Kawasan Masjid Tanah di markaz kawasan di Jalan Hujan Panas di sini malam tadi.


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)