Home Berita PAS Melaka

PAS Kawasan Masjid Tanah agih beras infak sumbangan bulan Rejab

323
SHARE

Oleh IBNU JANIE

MASJID TANAH, 7 Mac: PAS Kawasan Masjid Tanah telah menyerahkan sumbangan beras kepada Ketua-ketua cawangan PAS untuk diagihkan kepada golongan fakir miskin dalam satu program yang berlangsung di markaz kawasan ini di Jalan Hujan Panas di sini, semalam.

Menurut Setiausaha PAS Kawasan Masjid Tanah, Jamaruddin Ahmad, beras-beras ini adalah sumbangan peribadi pemimpin dan ahli PAS di dalam kawasan ini yang dikutip sejak beberapa minggu lepas.

“Sumbangan ini adalah bersempena bulan Rejab. Dua minggu lepas kita mula buka tawaran untuk mana-mana pimpinan dan ahli PAS samada peringkat kawasan atau cawangan yang berminat untuk menyumbang.

“Alhamdulillah kita dapat kumpul 100 kampit beras. Jadi semuanya kita serahkan pada Ketua-ketua Cawangan PAS hari ni (semalam).

 

Jamaruddin Ahmad (kanan) bersama Asri Shaik Abdul Aziz

“Kita dah arahkan pihak cawangan-cawangan agar dapat mengagihkan beras-beras ini untuk golongan fakir miskin di cawangan-cawangan mereka,” ujar beliau kepada Wartawan Rakyat Melaka (WARM).

Serahan secara rasmi telah disempurnakan oleh Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Masjid Tanah, Asri Shaik Abdul Aziz.