Home Artikel PAS Melaka

Banjir kilat : AMAL Tangga Batu bersih kediaman penduduk

330
SHARE

Oleh KAMIL SAUFEE

TANGGA BATU, 7 Mac : Jabatan AMAL Malaysia (JAM) Tangga Batu telah membantu membersihkan kediaman penduduk di kawasan Krubong, di sini, hari ini, akibat banjir kilat yang telah berlaku semalam.

Seawal jam 9 pagi mereka telah berkumpul dan bergerak ke lokasi kejadian bagi membantu membersihkan kediaman penduduk yang terjejas akibat banjir.

Menurut sumber, hasil tinjauan pada malam tadi telah mendapati beberapa buah rumah di Taman Krubong Jaya telah dimasuki air.

Hasil daripada tinjauan itu, JAM Tangga Batu telah mengerahkan anggotanya untuk membantu membuat pembersihan.

Misi pembersihan banjir ini diketuai oleh Komandan AMAL Tangga Batu, Omar Taib dan turut disertai beberapa orang anggota AMAL.