Home Artikel PAS Melaka

PAS Kawasan Jasin Ucap Terima Kasih Sumbangan Ahli Parlimen Jasin

455
SHARE

Oleh : Abu Fadhil

JASIN : PAS Kawasan Jasin mengucapkan jutaan terima kasih atas sumbangan bekalan makanan asas yang diterima dari ahli Parlimen Jasin YB Dato Seri Ahmad Hamzah. Sumbangan tersebut akan diagih-agihkan PAS Kawasan kepada mereka yang memerlukan di sekitar Jasin.

Yang Dipertua PAS Kawasan Jasin, Ustaz Kamaruddin Sedik ketika dihubungi Wartawan Rakyat Melaka (WARM) berkata beliau sangat berbesar hati dengan bantuan yang diberikan itu.

“Ini adalah bukti kerjasama yang baik antara parti-parti dalam Perikatan Nasional dalam membantu rakyat yang kini terkesan dengan PKP”. Ujar beliau.

Sumbangan ini diterima oleh Ketua Penerangan PAS Kawasan Jasin, Ustaz Mohd Norfaizal Nordin bagi pihak PAS Kawasan Jasin pada 2 April lepas. Sumbangan ini diserahkan sendiri oleh Ahmad Hamzah yang juga merupakan Timbalan Menteri Pertanian Dan Industri Makanan.

Menurut Norfaizal, semua sumbangan ini akan diedarkan kepada penduduk sekitar Jasin yang memerlukan mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN).