Home Artikel PAS Sabah

PAS rayu derma orang ramai bantu keluarga terputus bekalan makanan

973
SHARE

Oleh : Muhammad Salman Darwis
4 April 2020

SANDAKAN : Yang Dipertua PAS Sandakan, Sahar Abdul Majid merayu orang ramai untuk menderma melalui PAS Sandakan bagi membantu asnaf dan keluarga yang terputus bekalan makanan sepanjang PKP Covid-19.

Katanya, orang ramai boleh salurkan sumbangan kewangan berkenaan ke akaun Bank Islam Dewan Pemuda PAS Kawasan Sandakan, 10043010001846 dan memaklumkannya kepada wakil mereka di talian, 0142805426.

Beliau yang juga merupakan Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah menyuarakan demikian ketika menyampaikan sumbangan kebajikan berkenaan pagi tadi di Kampung Icebox dekat sini.

Selain itu, Pengarah Misi Bantuan Kecemasan, Mustaman Bin Mustain ketika ditemui turut merakamkan ucapan penghargaan kepada para penderma yang sebelum ini telah menghulurkan sumbangan bagi melancarkan misi ini.

“Setiap hari kita (PAS Sandakan) menerima ratusan mesej daripada asnaf dan golongan yang terputus bekalan makanan ini merintih merayu kepada kami untuk dibantu kerana habis beras serta makanan di rumah,” ujarnya.

“Namun, PAS tidak ada dana yang besar bagi menjayakan misi ini melainkan orang ramai tampil menghulurkan sumbangan kewangan,” jelasnya yang juga merupakan Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah.

Sementara itu, beliau turut menjelaskan kepada penerima bahawa misi kemanusiaan berkenaan mengharapkan derma orang ramai bagi menjayakannya dan berharap mereka bersabar sekiranya belum menerima sumbangan.

“Bagi yang belum diberi sumbangan hari ini boleh serahkan nama kepada kami dan kita usaha bantu, bukan janji tapi kami usahakan kerana misi ini tiada dana, hanya harapkan sumbangan orang ramai,” ujarnya kepada penduduk lain yang belum menerima sumbangan.

Misi yang dijayakan dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat itu turut disertai oleh beberapa orang pimpinan PAS seperti Timbalan Yang Dipertua PAS Sandakan, Ramlan Rahemen dan Ketua Pemuda PAS Sandakan, Mohd Ramlan Pandi.