Home Kenyataan Media Dewan Muslimat PAS Malaysia

Takziah Atas Pemergian Ustazah Shadiya Abbas.

1168
SHARE

Takziah Atas Pemergian Ustazah Shadiya Abbas.

إنا لله وإنا إليه راجعون.
اللهم أغفر لها وارحمها وعافها واعف عنها.

Dewan Muslimat PAS Malaysia merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarhamah Ustazah Shadiya binti Abbas.

Allahyarhamah Ustazah Shadiya telah menghembuskan nafas pada jam 5.05 pagi hari ini disebabkan asma di Hospital Sungai Buloh.

Malaysia telah kehilangan sebutir permata yang amat berjasa dalam medan dakwah dan tarbiah tanah air.

Allahyarhamah merupakan isteri kepada Ustaz Azman MK yang juga turut aktif dalam jalan dakwah.

Semoga roh Allahyarhamah ditempatkan bersama roh para anbiya’, syuhada’ dan para solehin. Insya-Allah.

YB SENATOR USTAZAH NURIDAH MOHD SALLEH
Ketua,
Dewan Muslimat PAS Malaysia
5 April 2020 bersamaan 11 Sya’ban 1441H