Oleh : Ibnu Janie
ALOR GAJAH : PAS Kawasan Alor Gajah telah menganjurkan ‘Program Infak Ramadan 2020’ yang diadakan bersempena kehadiran bulan Ramadan.
Agihan telah disempurnakan oleh Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan Alor Gajah, Ustaz Syahbudin Senin di sini semalam.
Menurut Syahbudin hasil sumbangan berbentuk wang dan makanan asas ini adalah sumbangan daripada kalangan ahli PAS kawasan Alor Gajah. Penerima sumbangan ini pula adalah di kalangan guru-guru PASTI, guru-guru Maahad Tahfiz, guru-guru Sek Sri Al-Munawwarah dan ahli PAS yang memerlukan bantuan.
Tambah beliau lagi, program ‘Infak Ramadan’ ini akan diteruskan ke semua dun-dun di bawah Parlimen Alor Gajah.
Turut sama dalam aktiviti itu ialah Timbalan Ketua Pemuda (TKP) Kawasan Alor Gajah, Afif Che Roselam dan Pengarah Jabatan Pilihanraya DUN (JPrD) PAS Durian Tunggal Azman Ahmat.
Untuk rekod, program ini yang dijalankan di bawah JPrD PAS Durian Tunggal adalah siri yang pertama dari program ini.