Home Berita PAS Johor

PAS Johor ucap takziah atas pemergian AF Ustaz Rizuan Rahmat

50
SHARE

Johor Bahru, 29 Jun : PAS Johor merakamkan ucapan takziah atas kembalinya ke rahmatullah Ketua Dewan Ulama PAS Selangor, Al Fadhil Ustaz Rizuan Rahmat petang tadi.

Pesuruhjaya PAS Johor, Ustaz Abdullah Husin menyatakan ucapan takziah berikut menerusi sebuah hantaran di laman Facebook rasminya sebentar.

“Al Fatihah, telah pergi ke rahmatullah Al Fadhil Ustaz Rizuan Rahmat Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor di Hospital Sg Buloh sebentar tadi.”

“Badan Perhubungan PAS Negeri Johor merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah swt dan ditempatkan bersama para Solehin” menurut ucapan beliau.