Home Berita PAS Johor

Khidmat Malaysia Johor buka talian ‘Hotline’ untuk yang perlukan bantuan

377
SHARE

JANGAN BIARKAN GOLONGAN TERKESAN DENGAN BENCANA COVID BERSENDIRIAN

PAS Negeri Johor akan terus memberikan perhatian kepada masyarakat yang terkesan dengan bencana COVID19 khususnya bagi mereka yang berada di negeri Johor. Sekretariat Tabung Bencana COVID19 (STBC) yang ditubuhkan oleh PAS pada 1 Jun 2021 yang lalu telah bergerak di seluruh negara dengan memfokuskan kepada petugas barisan hadapan (frontliner) dan masyarakat yang terkesan dengan bencana ini.

Sehingga kini, STBC negeri Johor telah pun turun ke 17 Parlimen di seluruh negeri Johor bagi menyampaikan sumbangan kepada pihak hospital, Pusat Vaksin, wakil kerajaan seperti Pejabat Daerah, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Ahli Majlis dan Ketua Kampung, petugas di Sekatan Jalan Raya (SJR) dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) bagi memastikan bahawa sumbangan tersebut akan dapat disampaikan kepada mereka yang terlibat.

Menyedari bahawa apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan dan sudah tentu memberikan kesan kepada sebahagian masyarakat, STBC Negeri Johor akan menggerakkan sukarelawan di peringkat Parlimen untuk terus mengesan masyarakat yang benar-benar memerlukan bantuan termasuklah kempen menaikkan bendera putih di premis seperti mana yang sedang bergerak di media sosial. Slogan “Kita Jaga Kita” adalah merupakan satu isyarat untuk kita terus memastikan bahawa kita tidak meninggalkan masyarakat di sekeliling kita bersendirian.

STBC telah membuka ‘hotline’ di talian 018-2403422 untuk menyalurkan maklumat berkaitan dengan mana-mana pihak yang memerlukan sumbangan. Kami akan berusaha sedaya mungkin untuk memastikan semua pihak akan dibantu, insya Allah.

Sekian, wassalam.

KHAIRUL FAIZI BIN AHMAD KAMIL

Pengerusi Sekretariat Tabung Bencana PAS Negeri Johor

Pengerusi Khidmat Malaysia Negeri Johor

29 Jun 2021