Home Berita PAS Johor

PAS Johor bertanding 4 kerusi PRU15

2335
SHARE

Oleh NAZIRUL MUNIR

Kluang, 1 Nov : Seramai empat orang calon PAS mewakili Perikatan Nasional (PN) akan bertanding di kerusi parlimen pada Pilihanraya Umum ke-15.

Pengumuman itu dibuat oleh Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhiyiddin Yassin dalam satu perjumpaan khas di Malaysia International Trade Exhibition Centre (MITEC), Kuala Lumpur, malam ini.

Pesuruhjaya PAS Negeri Johor, Ustaz Abdullah Husin akan bertanding di P146 Muar, Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Johor, Dr Karim Deraman akan bertanding di P147 Parit Sulong, LT Kol (B) Nazari Mokhtar akan bertanding di P155 Tenggara, manakala calon muka baru Zanariyah Abdul Hamid akan bertanding di P149 Sri Gading.

Sebelum ini, Negeri Johor telah mengadakan Pilihanraya Negeri pada Mac yang lalu dan Barisan Nasional mendapat 40 kerusi, Perikatan Nasional (3), PH (12) dan Muda (1).

PRU 15 diadakan setelah berlaku pembubaran parlimen oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Ismail Sabri setelah diperkenankan oleh Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.

Pembubaran parlimen telah diumumkan pada 10 Oktober lepas.

Tarikh penamaan calon bagi pilihan raya ditetapkan pada 5 November manakala pengundian awal pada 15 November dan tarikh keluar mengundi pada 19 November.