Home Berita PAS Kedah

PAS dan Bersatu Jerlun bertemu

182
SHARE

JERLUN, 13 Feb – PAS kawasan Jerlun dan PPBM (Bersatu) bahagian Jerlun mengadakan pertemuan kelmarin sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU 15) sekaligus merapatkan ukhuwah antara pimpinan.

Yang di-Pertua PAS kawasan Jerlun, Ustaz Dr Abdul Ghani Hj Ahmad berkata pertemuan itu melibatkan pemimpin PAS Jerlun dan Bersatu Jerlun.

Selain itu, perbincangan kearah beberapa perancangan program bersama dan berkaitan persiapan menghadapi PRU 15.

PAS Jerlun mengamalkan budaya politik matang dan sejahtera dalam menterjemahkan kestabilan politik dalam negara ini.