Home Berita PAS Sabah

PASTI Kudat mahu lahirkan generasi celik al-Quran

430
SHARE

Oleh : Afiq Adnan
13 Februari 2022

KUDAT : Majlis Anugerah Prestasi (MAP) PASTI Kawasan Kudat 2021 telah berlangsung dengan jayanya di Dewan IPDAS, di sini semalam.

Dalam ucapan perasmian, Penaung PASTI kawasan, Abu Luqman Mohd Rajali amat mengharapkan sokongan yang berterusan daripada pihak ibu bapa bagi membantu mencapai visi dan misi PASTI dalam melahirkan generasi anak-anak celik al-Quran.

β€œRibuan terima kasih kami ucapkan kepada ibu bapa kerana memberi kepercayaan kepada PASTI untuk mendidik anak-anak menjadi insan yang bertakwa,” katanya.

Menurutnya lagi, PASTI sentiasa mengalu-alukan sebarang pandangan dan cadangan daripada ibu bapa bagi meningkatkan lagi prestasi PASTI dalam usaha
menambah baik apa yang telah dilakukan oleh PASTI sebelum ini.

Sementara itu, Pengerusi PASTI Kudat, Azman Madusin, ketika ditemui berkata, PASTI banyak menerima permintaan daripada masyarakat setempat untuk menghantar anak mereka, namun dua buah PASTI yang sedia ada tidak mampu untuk menampung permintaan.

β€œKami menyasarkan untuk membuka sebuah lagi PASTI baru di Kudat ini dan cadangannya adalah di Sikuati. Kami mohon doa agar semuanya dipermudahkan dan berjalan lancar.” ujarnya.

Sebanyak 21 anugerah telah disampaikan kepada para pelajar, antaranya Anugerah Celik Mumtaz yang merupakan pelajar terbaik dalam semua aspek. Anugerah ini telah disandang oleh adik Khadeejah Muhd Syahmi.

Seramai 100 orang murid berusia 4 hingga 6 tahun telah diraikan dalam majlis tersebut termasuk pelajar 6 tahun sesi 2020 yang tidak sempat menerima sijil tamat belajar akibat penularan wabak covid-19 dua tahun lepas.