Home Kenyataan Media PAS Kedah

UMNO Kedah perlu hentikan politik melenting ala anak manja

241
SHARE

Dewan Pemuda PAS Kedah mengikuti kenyataan demi kenyataan merujuk kepada kenyataan UMNO Kedah dan Pemuda UMNO Kedah sejak DUN Johor dibubar hingga kini. Menjulang diri sebagai parti keramat yang merasakan merekalah saja dapat menyelamatkan negara dan Johor menyebabkan mereka menyerang juga PAS serta memperlekeh kenyataan PAS berkenaan agihan kerusi yang tidak dilakukan melalui perbincangan yang sihat. Akibatnya hasil muzakarah antara PAS bersama BERSATU menetapkan penyertaan sebagai satu pasukan dan diisytiharkan pada 29 Januari 2022 PN bertanding dengan satu logo.

Apabila UMNO begitu marah dengan kenyataan Pengarah Pilihan Raya PAS, Dato Seri Haji Muhammad Sanusi Md Noor yang juga merupakan Menteri Besar Kedah dikatakan kononnya memperlekeh UMNO Kedah. Di sini suka untuk kami petik ayatnya secara jelas:

“Kita tengok negeri lain bila mereka (UMNO) kerusi sikit, sikapnya lain. Seperti di Kedah kita tidak mengalami masalah, jadi syarat dia senang, kerusi dia (BN) sikit, jadi penting kita tentukan BN jangan menang banyak”.

Pertama, Dato Seri Haji Muhammad Sanusi Md Noor memuji sikap dan sifat wakil UMNO dalam kerajaan Kedah yang tiada masalah sekaligus mampu memberi kestabilan kepada kerajaan negeri dan hasilnya pelaburan negeri Kedah adalah yang tertinggi di Malaysia hari ini hasil kestabilan politik dan juga sikap UMNO di Kedah.

Kedua, dalam mengeluar kenyataan sepanjang pembubaran DUN Johor, UMNO yang galak menyerang kesemua parti lain dan kelihatan marah melenting dan menjadikan MN ‘punching bag’ mengugut PAS apabila dijawab oleh PAS walaupun secara lunak. Ini kelihatan politik anak manja yang bukan patut ada pada sebuah parti tua.

Ketiganya, UMNO seolah-olah melupakan kesemua kenyataan UMNO Terengganu dan Kelantan terhadap PAS dimana PAS tidak pernah menyerang dan memperlekeh UMNO di negeri pentadbiran PAS. Di mana waras UMNO semasa memutus hubungan dengan PAS di dua buah negeri berkenaan?

Pada kami kecaman terhadap Menteri Besar Kedah ini adalah satu lagi kenyataan untuk mewujudkan sekali lagi ketidakstabilan politik dalam negara seterusnya menjustifikasikan ketidakstabilan politik di Kedah dengan melanjutkan lagi operasi PRN-PRN UMNO yang semakin rakus dan tamak kuasa.

Di saat wabak masih memuncak, bencana alam yang silih berganti, kebajikan rakyat pasca PKP dan banjir yang masih dan perlu diurus, UMNO galak berbicara soal kuasa mahu mengadakan pilihanraya dan mendesak rakyat memilih mereka semula secara mutlak. Ini satu pemikiran politikus yang tidak sihat dan patut direnung semula oleh rakyat jelata.

Ustaz Adnan bin Yusof
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah