Home Berita PAS Kelantan

PAS jangan selesa kemenangan yang ada

2355
SHARE

ANGGOTA parti diingat tidak berada dalam keadaan selesa dan berpuas hati khususnya di negeri yang telah dimenangi PAS.

Timbalan Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata perang siber dan media sosial kini amat perlu anggota parti lebih bersedia menghadapi serangan.

“Sekarang bukan lagi waktu untuk berasa selesa dan berpuas hati.

“Musuh kanan kiri, belakang hadapan, atas bawah menyerang kita,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Seminar Isu-Isu Penerangan anjuran Urusetia Penerangan dan Serantau.

Majlis yang dihadiri pelbagai peringkat parti itu diadakan di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik) semalam.

Beliau berkata, terutama sekali di Kelantan politik ‘pelik’ masyarakatnya perlu diambil pengajaran.

Sikap berpuas hati dan tidak sukanya mereka pada sesebuah kerajaan akan diterjemahkan pada pilihan raya umum.

“Mereka boleh menolak BN tanpa memberi laluan walaupun satu kerusi, mereka juga boleh memberi kemenangan kerajaan PAS Kelantan melalui lebihan undi satu kerusi,” ujarnya.

Untuk itu tambahnya, perancangan perlu dilakukan dari semasa ke semasa.

Tambahnya, PAS juga kena ingat, sekiranya parti itu merancang, musuh juga turut ada perancangannya. – HARAKAHDAILY 24/11/2017