Home Berita PAS Johor

PAR Dun Benut Anjur Majlis Khatan

1520
SHARE

PONTIAN – Seramai 17 orang kanak-kanak pelbagai peringkat umur telah menyertai Majlis Khatan Perdana anjuran Pusat Aduan Rakyat (PAR) Dun Benut yang telah berlangsung dengan penuh meriah pada 24 November bersempena dengan cuti persekolahan akhir tahun.

Majlis yang diadakan di Balai Islam Parit Markom telah mula dibanjiri oleh kehadiran para peserta yang ditemani oleh ibubapa seawal jam 8.00 pagi. Majlis yang dimulakan dengan bacaan doa selamat seterusnya dirasmikan oleh Prof. Dr Baharom Bin Mohamad selaku Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Parlimen Pontian. Setelah itu, majlis diteruskan dengan sesi penyampaian cenderahati kepada para peserta sebelum mereka dipanggil masuk ke bilik bedah mengikut giliran.

Majlis yang turut diserikan dengan kehadiran tetamu kehormat lain iaitu Saudara Mohd Firdaus Bin Jaffar selaku Penyelia PAR Dun Benut telah berakhir dengan jayanya pada jam 12.30 tengahari.

#PusatAduanRakyatDunBenut

#PusatAduanRakyatParlimenPontian