Home Ketua Penerangan PAS Pusat

PAS Desak Pemberian Insentif Raya Kepada Peneroka Felda

1,599 views
SHARE

DUIT RAYA PENEROKA

Kenyataan Media Penerangan. 281/152
23 Ramadan 1440 | 28 Mei 2019

PAS DESAK PEMBERIAN INSENTIF RAYA KEPADA PENEROKA FELDA

Oleh : Nasrudin bin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat
https://m.facebook.com/kpenerangan


1. Parti Islam Se-Malaysia mendesak Kementerian Hal Ehwal Ekonomi memberi insentif raya kepada lebih 110,000 peneroka FELDA pada minggu ini.

2. Desakan ini dibuat ekoran kenyataan YAB Perdana Menteri dan YB Menteri beberapa hari lalu yang memberikan gambaran tidak akan memberikan insentif raya sepertimana yang pernah diberikan pada tahun lepas iaitu sebanyak RM450.

3. PAS hargai komitmen kerajaan untuk melaksanakan pelan pemulihan FELDA yang dianggarkan berjumlah RM 6 bilion, namun kebajikan peneroka untuk menyambut hari raya pada minggu hadapan perlu dipertimbangkan.

4. Mereka sedang dibelenggu dengan pelbagai tekanan kos sara hidup yang tinggi. Tambahan pula, harga komoditi yang tidak stabil mutakhir ini lebih menyukarkan kehidupan mereka.

5. Oleh sebab itu, PAS mendesak pihak kementerian untuk mempertimbangkan pemberian insentif raya sekurang-kurangnya sama seperti tahun lalu bagi membantu para peneroka yang sedang dalam kesusahan.

6. PAS berharap pemberian ini juga tidak akan mengganggu pelan pemulihan yang sedang dijalankan oleh FELDA.

Islam Memimpin

Sekian