Home Artikel PAS Melaka

PAS dan Bersatu anjur majlis korban di Durian Tunggal

318
SHARE

Oleh: Ahmad Kautsar Md Ali

ALOR GAJAH, 1 Ogos : PAS Kawasan Alor Gajah dengan kerjasama Jawatankuasa Pilihanraya Dun (JPrD) PAS Durian Tunggal dan Bersatu Cawangan Durian Tunggal telah menganjurkan program korban bersama di Dataran Istiqamah, Pekan Durian Tunggal di sini hari ini.

Daripada empat ekor lembu korban itu, dua disumbangkan oleh JPrD PAS Durian Tunggal, satu daripada Penasihat Agama Ketua Menteri, Ustaz Kamarudin Sidik dan satu daripada Ahli Parlimen Alor Gajah, Dato Seri Mohd Redzuan Yusuf.

Yang Di Pertua (YDP) PAS Kawasan Alor Gajah, Ustaz Syahbudin Senin berkata program korban ini telah berjalan dengan baik mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) .

Tambah beliau lagi, umat Islam perlu melakukan ibadah korban bukan sekadar melakukan sebagai ibadah tetapi memberi pengorbanan di atas diri sendiri.

“Menghayati apa yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW, khususnya Nabi Ibrahim AS ke atas anaknya Nabi Ismail AS berkorban, serta menjaga akhlak-akhlak kita kepada Nabi Muhammad SAW secara keseluruhannya.

“Di mana Nabi berhijrah, diperintahkan oleh Allah SWT jangan kita sangka dengan memberi gambaran yang tidak elok disamakan dengan manusia lain seperti pelarian serta ambil semangat pengorbanan yang diambil oleh para nabi” katanya dalam program tersebut.

Sementara itu Naib Ketua Bahagian Bersatu Alor Gajah yang juga Setiausaha Sulit Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) Mohd Raduan Ja’apar pula berkata program bersama korban hari ini menterjemahkan maksud Perikatan Nasional (PN) dalam kerajaan hari ini.

Turut hadir program korban ini Timbalan Yang Di Pertua PAS Alor Gajah, Ustaz Wan Zahidi Wan Ismail, Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Alor Gajah, Bahiki Ismail, juga ahli PAS dan Bersatu Durian Tunggal.


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)