Home Artikel PAS Sabah

PAS Apas Meneruskan Penganjuran Program Ibadah Korban

146
SHARE

Oleh : Nur Marlyannah Umar
1 Ogos 2020

TAWAU : PAS Cawangan Batu 2 Jalan Apas meneruskan penganjuran Program Ibadah Korban bersama penduduk Kampung Tinagat sempena sambutan perayaan Aidiladha bagi tahun 1441 Hijrah, di sini, haripagi tadi.

Sebanyak 6 ekor lembu korban disembelih seawal jam 7.00 pagi yang dihadiri oleh ahli-ahli cawangan dan penduduk kampung dengan mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

Naib Yang DiPertua PAS (NYDP) merangkap Ketua Cawangan, Tuan Amboase Ramano berkata, “Saya melihat pelaksanaan program korban kali ini lebih menarik, tersusun dengan dibantu kerjasama erat semua petugas dan penduduk kampung.

“Daging korban ini kita edarkan kepada tiga pihak iaitu penyumbang, petugas dan paling penting adalah golongan asnaf sekitar kampung.”

Beliau juga menyifatkan program ibadah korban sebegini memberi peluang kepada ahli cawangan untuk beramah mesra dengan penduduk kampung

Kemuncak program adalah makan tengahari bersama penduduk kampung dengan pemberian dalam tapau dan untuk dibawa pulang ke rumah masing-masing.

Turut hadir dalam program tersebut adalah  Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Tawau (DMPKT), Puan Siti Rahmah Bandu dan Ketua Muslimat Cawangan, Puan Ervinah Basmin.