Home Artikel PAS Selangor

Selangor PAS Youth (SPY) Corner – Korban Perdana 1441H Pemuda PAS Selangor

184
SHARE

Sijangkang | 1 Ogos 2020 – Dewan Pemuda PAS Selangor menganjurkan Korban Perdana Pemuda PAS Selangor pada hari ini. 5 ekor lembu ditumbangkan di pusat penyembelihan Kanchong Tengah.

Daging korban dibawa ke Pulau Carey dibawah DUN Sijangkang untuk dilapah, potong, bungkus dan agihan. YB Dr. Ahmad Yunus selaku ADUN Sijangkang turut menyembelih 2 ekor lembu dan mengagihkan kepada penduduk sekitar. Juga turut serta Us Hanafi Zulkapli Ketua Pemuda PAS Selangor, Us Sukri Omar Timbalan Ketua Pemuda, Sdr Fadli Bakar Naib Ketua Pemuda, Us Hanif Jamaludin Ketua Pemuda PAS Kuala Langat selaku tuan rumah.

Terima kasih para peserta korban atas sokongan, pemuda tempatan yang hadir membantu, pimpinan UMNO Bahagjan, Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor yang diketuai Pengarahnya Tuan Shehdi Hezrik serta yang hadir dan terlibat secara langsung menjayakan korban perdana tahun ini.

11 Zulhijjah 1441H | 1 Ogos 2020

#KorbanPerdana

#Covid-19

#PASSelangor

#BersamaMembawaSejahtera

#IslamMemimpinPerpaduan