Home Artikel PAS Melaka

PAS Cawangan Sungai Siput Edar Bantuan Makanan

463
SHARE

Oleh : Ibnu Janie

MASJID TANAH : PAS Cawangan Sungai Siput tidak ketinggalan menyampaikan sumbangan kit makanan kepada mereka yang memerlukan akibat terkesan dengan arahan ‘Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua cawangan, Asri Shaik Abdul Aziz memaklumkan setakat ini pihak cawangan telah berjaya menyumbang sebanyak 17 kit makanan dan akan mengedarkan 25 kit makanan lagi dalam masa terdekat ini.

Asri yang juga Setiausaha Badan Perhubungan PAS Melaka berkata, dengan mengambil kira PKP telah diperketatkan sumbangan akan diambil oleh seorang sahaja ketua atau wakil keluarga di rumah Ketua PAS Cawangan.

“Saya rakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan semoga Allah memberkati para penyumbang, ajk Cawangan ke arah membantu mereka yang amat memerlukan.” Ujar beliau ketika ditemuramah Wartawan Rakyat Melaka (WARM)

Untuk rekod sumbangan ini adalah hasil dari kutipan dana dari ahli dan pimpinan PAS cawangan dan sumbangan dari peruntukan ahli Parlimen Masjid Tanah, YB Mas Ermieyati Samsudin yang diserahkan pada Sabtu lepas untuk diagih-agihkan oleh semua cawangan-cawangan PAS di dalam kawasan Masjid Tanah.