Home Artikel PAS Perlis

Covid-19: PASTI Perlis Rayu Sumbangan Kewangan

1309
SHARE

Oleh: Muhammad Hadi

KANGAR : PASTI Negeri Perlis hari ini merayu sumbangan infaq daripada orang ramai bagi membantu para guru PASTI negeri ini yang terjejas akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurut pengarahnya, Ustaz Asrul Aimran Abd Jalil, sepanjang tempoh pelaksanaan PKP, seluruh premis PASTI telah diarahkan agar ditutup sebagai langkah mencegah penularan Covid-19 manakala guru-guru PASTI hanya melaksanakan tugas mereka dari rumah selaras dengan saranan pihak kerajaan.

“Sudah pastilah ada kalangan guru-guru ini yang terjejas dari segi perbelanjaan mereka berikutan pelaksanaan PKP ini, justeru dengan penuh rendah diri, PASTI Negeri Perlis merayu sumbangan kewangan daripada orang ramai agar kebajikan mereka terus terbela.

“Sumbangan bolehlah disalurkan ke akaun BIMB bernombor 09010010050299 atas nama Dewan Pemuda PAS Neg Perlis (PASTI).

“Bukti sumbangan hendaklah dihantar kepada kami menerusi e-mel di alamat pastiperlis2012@gmail.com atau melalui aplikasi whatsapp di talian 0138766463 untuk tujuan rekod,” katanya ketika dihubungi di sini.