Home Artikel PAS Perlis

Covid-19: Penduduk DUN Sanglang Bakal Terima Bantuan

600
SHARE

Oleh: Amirul Syakirin

KANGAR: Muafakat Nasional DUN Sanglang akan mula mengagihkan bantuan Covid-19 secara berperingkat kepada seluruh masyarakat di DUN berkenaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sanglang, Mohd Shukri bin Ramli berkata, pengagihan bantuan tersebut akan bermula pada 1 April depan.

Katanya, agihan akan dibuat secara bersama oleh Ketua Cawangan PAS dan Pengerusi JKKPs dengan sejumlah 2300 buah rumah akan memperoleh manfaat daripada peruntukan ini.

“Justeru, saya berharap semua penduduk dapat bersabar dan tidak perlu ke Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Sanglang untuk mengisi borang bantuan.

“Pengagihan akan dilakukan dalam 10 peringkat dan kita mohon kerjasama semua penduduk agar kekal berada di rumah masing-masing dan sentiasa mematuhi Peraturan Kawalan Pergerakan yang sedang berkuatkuasa,” jelasnya yang juga Pesuruhjaya PAS Perlis.

Selain itu, beliau turut meminta supaya mana-mana keluarga yang mempunyai anak berusia bawah 3 tahun, supaya menyerahkan satu salinan Sijil Lahir atau Mykid kepada Ketua Cawangan PAS atau Pengerusi JKKPs Cawangan masing-masing untuk diberikan bantuan.