Oleh : Ibnu Janie
MASJID TANAH : PAS Cawangan Sungai Siput telah menganjurkan program memasak bubur lambuk untuk diedarkan kepada penduduk sekitar di sini petang semalam.
Menurut Ketua Cawangan PAS Sungai Siput, Asri Shaik Abdul Aziz, sebanyak dua kawah bubur lambuk telah dimasak secara gotong-royong oleh petugas-petugas PAS cawangan.
Asri yang juga Timbalan Yang Dipertua (TYDP) PAS Kawasan Masjid Tanah menambah, bubur lambuk itu kemudiannya telah diedarkan kepada penduduk setempat.
Selain itu, menurut beliau lagi, barisan hadapan iaitu polis, tentera dan Rela yang mengawal lalu lintas sempadan Lubok China Melaka-Negeri Sembilan turut menerima sumbangan bubur lambuk ini.
“Program ini kita rancang untuk diteruskan lagi pada setiap hari Jumaat sepanjang bulan Ramadan ini. Segala kos membuat bubur lambuk ini adalah dari sumbangan orang ramai.” ujar beliau ketika dihubungi wakil Wartawan Rakyat Melaka (WARM).