Home Artikel PAS Perlis

PKP: Penduduk Kuala Perlis Turut Terima Sumbangan

305
SHARE

Oleh: Nur ‘Iffah

KANGAR : Memasuki hari kedua, misi menyampaikan sumbangan kepada golongan yang memerlukan di sekitar negeri ini oleh Malaysia Relief Agency (MRA) dan Jabatan Amal Malaysia Negeri Perlis diteruskan lagi.

Semalam, mereka telah melakukan kerja-kerja mengagihkan sumbangan di sekitar pekan Kuala Perlis.

Antara kampung yang terlibat ialah Kampung Tanah Baru, Kampung Tandiap, Kampung Hujung Tanjung, Kampung Tengah serta perkampungan sekitar Seberang Alor dan Pulau Ketam telah menerima sumbangan berkenaan.

Pengagihan sumbangan berupa barang keperluan dapur kepada seramai 30 orang ketua keluarga diketuai Pengerusi Kebajikan Majlis Tindakan DUN (MTD) Kuala Perlis, Rusli Mahamad dengan dibantu para anggota JAMNPs.

Rusli turut merakamkan ucapan terima kasih kepada para penduduk yang telah memberikan kerjasama serta mengamalkan penjarakan sosial semasa menerima sumbangan berkenaan.