Home Berita PAS Johor

PAS bertanding 15 kerusi PRN Johor

2321
SHARE

Oleh Nazirul Munir

Kluang, 24 Feb – 15 daripada 56 kerusi yang akan dipertandingkan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor diperolehi calon Parti Islam Se-malalaysia (PAS).

Perikatan Nasional (PN) menerusi Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan senarai calon yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Mac di Dewan Kencanapuri, Pulai Spring Resort, Pulai harini.

Bagi kerusi N2 Jementah, calonnya ialah Maimunah Safwah Musa; N4 Kemelah (Normala Sudirman); N8 Bukit Pasir (Mohd Nor Iqbal Razak); N11 Serom (Rahmat Daud); N13 Simpang Jeram (Ustaz Zarul Salleh).

Sementara bagi N15 Maharani, calonnya ialah Abd Aziz Talib; N18 Sri Medan (Halim Othman Kepol); N21 Parit Yaani (Ustaz Ahmad Nawfal Mahfodz); N24 Senggarang (Khairul Faizi Ahmad Kamil); N26 Machap (Ustaz Azlisham Azhar); N30 Paloh (Selvandran Velu); N33 Tenggaroh (Roslan Nikmat); N39 Tanjung Surat (Selamat Ujud); N40 Tiram (Dr Karim Deraman dan N54 Pulai Sebatang (Ustaz Abdullah Husin).

Sebelum itu Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh ketika sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas SPR Berkaitan PRN Johor ke-15 di sini pada Rabu mengumumkan bahawa tarikh mengundi awal pada 8 Mac sementara pembuangan undi adalah pada 12 Mac.

DUN Johor dibubarkan secara rasmi pada 22 Januari lepas dengan perkenan daripada Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar selepas baginda menerima mengadap Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad berkaitan perkara itu di Istana Bukit Serene, Johor Bahru pada hari yang sama.