Home Kenyataaan Media PAS Perak

P Ramasamy: Jangan cabar umat Islam

94
SHARE

KENYATAAN MEDIA
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN TANJONG MALIM
24 Februari 2022 | 22 Rejab 1443

P RAMASAMY : JANGAN CABAR UMAT ISLAM

Dewan Pemuda PAS Kawasan (DPPK) Tanjong Malim menzahirkan kebersamaan dan bersolidariti terhadap kes pengislaman ketiga-tiga anak Puan Loh Siew Hong dan Nagahswaran Muniandy yang telah diIslamkan bapa mereka secara “unilateral” pada sekitar bulan Julai 2020.

Pemelukan Islam anak-anak tersebut mesti dipertahan dalam menjaga kesucian agama Islam dan menghormati kerelaan mereka dengan peruntukan undang-undang di bawah Seksyen 117(b) Enakmen Pentadbiran Agama Islam 2006 Negeri Perlis serta mestilah dihormati semua pihak.

Dalam pada itu, DPPK Tanjong Malim mengecam kenyataan yang dikeluarkan pimpinan DAP, P Ramasamy kerana mengaitkan kes ini dengan penculikan, paksaan dan ancaman yang dilihat boleh menggugat keharmonian masyarakat yang berbilang agama dan kaum di negara Malaysia.

Kenyataan melampau Dr P Ramasamy dilihat memburukkan imej pihak berkuasa Islam negeri Perlis dengan berunsur kata-kata jelek dan hasutan tidak berasas dan sudah pasti menimbulkan kemarahan dan ketidakpuasan hati umat Islam.

DPPK Tanjong Malim mengingatkan P Ramasamy supaya menarik semula kenyataan tersebut dan tidak terus mencabar kesabaran umat Islam. Justeru itu juga, seluruh pihak diajak untuk bersatu hati menyatakan pendirian tegas terhadap hak anak-anak tersebut agar terpelihara akidah Islam.

“Memacu Perpaduan”
“Legasi Perjuangan”

Sekian, terima kasih

ZULFADLI ZAINAL
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Kawasan Tanjong Malim

#KenyataanMedia
#PemudaPASTanjongMalim
#LegasiPerjuangan
#MemacuPerpaduan