Home Ketua Penerangan PAS Pusat

PAS bantah SOP murtad, cadangan PH sangat tidak masuk akal

1,847 views
SHARE

Kenyataan Media Penerangan. 176/47

PAS BANTAH SOP MURTAD, CADANGAN PH SANGAT TIDAK MASUK AKAL

Oleh : Nasrudin bin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat
https://m.facebook.com/kpenerangan


1. PAS menyatakan bantahan tegas terhadap cadangan yang dikemukakan oleh Pakatan Harapan (PH) Sarawak yang telah mendesak Kerajaan Negeri Sarawak meminda akta menyediakan suatu garis panduan atau SOP bagi kes-kes murtad.

2. Ini adalah susulan keputusan yang dikeluarkan Mahkamah Persekutuan di Kuching yang mengarahkan kes murtad hendaklah dibicarakan di Mahkamah Syariah.

3. Kenyataan yang dikeluarkan secara bersama oleh tiga parti utama PH di Sarawak iaitu PAN, DAP dan PKR itu jelas suatu cadangan yang tidak masuk akal. Sepertimana yang saya pernah tegaskan beberapa hari lalu bahawa kes-kes murtad bukan isu kecil dan boleh dipermainkan.

4. Bahkan, sebarang pandangan dan rujukan mestilah melalui para agamawan dan mufti bagi memastikan autentikasi pendirian yang dikemukakan terhadap pandangan yang ada dalam Islam.

5. Namun, cadangan menyediakan garis panduan seperti yang dikemukakan oleh pemimpin PH Sarawak termasuk pemimpin PAN itu seolah-olah menggalakkan lagi pihak keluar daripada Islam. Apakah tiada lagi prinsip Islam dalam politik kalian?

6. Tambahan pula, kita sudah mempunyai Mahkamah Syariah yang lebih kuat jurisdiksinya untuk mengadili kes-kes berkaitan umat Islam. Malah, PAS membawa usul RUU355 supaya fungsi dan kuasa Mahkamah Syariah diangkat dan dimartabatkan lebih tinggi lagi supaya dapat mengadili umat Islam.

7. Penegasan yang tidak berbelah bahagi, PAS bantah cadangan berkenaan justeru ia bukanlah jalan keluar yang diharapkan oleh umat Islam terhadap kes-kes murtad yang berlaku.

Sejahtera Bersama Islam

Sekian.