Home Berita PAS Selangor

Sumbangan bantuan Covid-19 : Anda dihati (ADH) – PAS Kawasan Hulu Langat

15
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Hulu Langat

Oleh : Umar Al-Hayawi

Hulu Langat | Sebak hati bila dimaklumkan kehilangan ahli keluarga yang meninggal dunia akibat Covid-19. Ini adalah kisah benar bukannya drama. Ada diantara kita yang kehilangan ahli keluarga satu persatu sehingga tinggal sebatang kara. Lebih sedih dan menyayat hati apabila yang meninggal dunia itu adalah satu-satunya sumber pendapatan keluarga.

PAS Cawangan Bandar Bukit Mahkota bersama dengan penaja sumbangan daripada PERKIM telah memberikan sebanyak 10 kit sumbangan kepada penerima yang terkesan akibat pandemik Covid-19 ini dengan mengikut SOP PKP 3.0 yang ditetapkan.

Ketua Cawangan PAS Bandar Bukit Mahkota, Dr Nizar Manan berkata program kebajikan bantuan Covid-19 akan diteruskan sepanjang PKP3.0 ini bagi meringankan beban daripada segi ekonomi keluarga penerima sumbangan.

PAS Kawasan Hulu Langat mengucapkan ribuan terima kasih kepada penaja sumbangan PERKIM dan NGO PKM Putra Mahkota diatas sumbangan dan keprihatinan bersama. PAS Hulu Langat turut mengingatkan agar kita jaga SOP dan patuhi arahan MKN demi mencapai kemenangan bersama dalam mencegah wabak Covid-19.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor