Home Berita PAS Melaka

PAS Alor Gajah Santuni Kakitangan Klinik Kesihatan Alor Gajah

839
SHARE

Oleh : SITI

ALOR GAJAH : PAS Kawasan Alor Gajah telah mengedar ‘ayam goreng KFC’ kepada petugas-petugas kesihatan di Klinik Kesihatan Alor Gajah pagi tadi.

Program sumbangan ini adalah untuk membantu dan menghargai jasa-jasa petugas yang telah bertungkus lumut bagi kesejahteraan kesihatan penduduk Alor Gajah khususnya dalam menangani penularan wabak Covid-19.

Yang Dipertua (YDP) PAS Alor Gajah Ustaz Syahbudin Senin ketika ditemui berkata PAS Alor Gajah akan terus menyantuni beberapa lagi agensi barisan hadapan bagi wabak Covid-19 ini dengan kadar termampu.

“Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada para penyumbang semoga segala sumbangan ini diangkat sebagai ibadah kita di akhirat nanti, InsyaAllah” kata beliau lagi ketika ditemuramah wakil Wartawan Rakyat Melaka (WARM) pada program itu.

Turut hadir bersama mengiringi YDP PAS Alor Gajah ialah Ketua Muslimat PAS Alor Gajah, Puan Rosela Alwi dan beberapa orang pimpinan PAS Kawasan Alor Gajah.