Home Berita PAS Melaka

Pemakluman Berita Palsu Terkini Oleh MKN

1343
SHARE

Sebentar tadi laman Telegram Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah membuat satu kenyataan berkaitan beberapa maklumat yang tersebar di media sosial yang disahkan palsu. Berikut ialah kenyataan penuh MKN :-

PEMAKLUMAN BERITA PALSU

Berikut merupakan PENAFIAN tentang beberapa berita yang tular di media sosial:

1. Foodpanda Malaysia menafikan dakwaan bahawa salah seorang penghantar makanan (rider) mereka di Jalan Klang Lama telah dijangkiti COVID-19.

2. MKN Negeri Sarawak menafikan bahawa Wisma Satok diisytihar sebagai Zon Merah COVID-19.

3. Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara menafikan pernah mengeluarkan kenyataan/mesej yang menyatakan Selangor dijangka akan “fully locked down” disebabkan terlalu banyak kes Covid-19 dan kononnya telah diperkenan oleh DYMM Sultan Selangor.

Pasukan Respon Pantas
KKMM
27 Mac 2020│3.00 petang

Kredit sumber : Laman Telegram Rasmi Majlis Keselamatan Negara (MKN)