Home Ketua Penerangan PAS Pusat

PAS Akan Lancar Himpunan Bantah Iktiraf Hak Asasi Manusia Acuan Barat

1,950 views
SHARE


Kenyataan Media Penerangan.239/110
18 Safar 1440 | 27 Oktober 2018

PAS AKAN LANCAR HIMPUNAN BANTAH IKTIRAF HAK ASASI MANUSIA ACUAN BARAT

Oleh : Nasrudin bin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat.
https://m.facebook.com/kpenerangan


1. Berdasarkan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri semalam, Kerajaan Persekutuan akan meratifikasi enam perjanjian (treaty) berkaitan Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada Suku Pertama tahun 2019.

2. Komitmen untuk melaksanakan hal tersebut juga dikatakan selaras dengan manifesto Pakatan Harapan.

3. Setelah PAS memperincikan beberapa maklumat berkaitan enam perjanjian tersebut, banyak perkara yang melibatkan Perlembagaan Persekutuan akan terancam terutamanya mengenai International Convention on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination (ICERD) dan International Covenant on Civil and Political Rights (ICCPR).

4. Isu-isu kebebasan untuk murtad serta penghapusan hak keistimewaan orang Melayu dan bumiputera akan tergadai sekiranya negara meratifikasi perjanjian-perjanjian ini.

5. Tambahan pula, semua peruntukan perjanjian akan tertakluk kepada kehendak PBB. Negara akan terikat, tunduk dan dikawal oleh kuasa luar secara tidak langsung.

6. Oleh itu, Jika kerajaan meneruskan hasrat mereka, maka PAS bertekad untuk melancarkan satu bantahan secara besar-besaran dan akan mengadakan Himpunan Bantah Pengiktirafan Hak Asasi Manusia Acuan Barat dalam masa terdekat.

Islam Memimpin

Sekian.