Home Artikel Dewan Pemuda PAS Malaysia

Ikhlas Berjuang Syarat Meraih Redha Allah

163 views
SHARE

Oleh : Nur ‘Iffah

KANGAR : “Bilamana kita menyertai perjuangan ini, kita perlu meletakkan sepenuh keyakinan bahawa ianya adalah perintah Allah dalam menuntun (membawa) umat manusia menjadi khalifah di atas muka bumi.”

Demikian ingatan yang disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib PAS Pusat, Dr Daeng Sanusi Daeng Mariok ketika mengisi slot Bicara Murabbi sempena Ijtima’ Tarbawi 6.0 di sini pagi tadi.

Katanya, segala gerak kerja yang dilakukan sepanjang berada dalam jemaah dikira sebagai ibadah di sisi Allah S.W.T., justeru perlulah dilakukan dengan penuh keikhlasan demi mencapai keredhaanNya.

Tambahnya lagi, meskipun mereka terpaksa menempuh ibtila’ (ujian), namun keikhlasan yang tertanam dalam hati akan menguatkan mereka untuk terus istiqamah melaksanakan kerja-kerja Islam.

“Kalau kita benar-benar beriman pada Allah dan ikhlas dalam perjuangan, maka ranjau dan kesulitan yang kita hadapi akan mendapat keberkatan daripada Allah, sehingga (dikurniakan) rasa selesa dalam perjuangan.

“Allah berfirman di dalam surah At-Talaq ayat kedua, bahawasanya sesiapa yang bertaqwa kepada Allah dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya, Allah akan mengadakan baginya jalan keluar dari segala perkara yang menyusahkannya,” ujarnya.

Beliau turut mengingatkan kepada para pejuang Islam agar memiliki akhlak yang baik serta tauladan yang boleh dicontohi dalam membentuk diri dan ahli di samping memelihara imej parti.

“Canailah akhlak di dalam arena di dalam perjuangan, kita akan dapat keberkatan, taufiq dan hidayah daripada Allah.

“Perjuangan kita di tengah masyarakat adalah dengan kaedah politik matang dan sejahtera, mengikut waqi rasional dan bukannya emosi,” katanya.