Home Berita PAS Johor

Parlimen Ledang perlu siap sedia PRU15

253
SHARE

Oleh NAZIRUL MUNIR

KLUANG, 24 Jul : Semua petugas mesti bergerak mulai sekarang. Bersiap sedia ada kemungkinan Parlimen Ledang akan ditandingi oleh PAS pilihanraya umum ke-15 nanti.

Demikian dinyatakan oleh Pengarah Jentera Pilihanraya Parlimen Ledang, Shamsudin Dawam sewaktu pelancaran jentera pilihanraya umum ke-15 Parlimen Ledang di Markaz Parit Karang, Tangkak, semalam.

Sementara itu Pesuruhjaya PAS Negeri Johor, Ustaz Abdullah Husin menyatakan berbangga dengan pencapaian cemerlang DUN Serom dalam PRN yang lalu hanya tewas 698 undi sahaja.

“Sejarah pilihanraha di Ledang sangat panjang seawal tahun 70an PAS sudah ambil bahagian bertanding dimana YDP Kawasan Ledang yang pertama, Taib Kasim pernah beberapa kali menjadi calon.

“Walaupun PAS belum pernah menang di Ledang tetapi keputusan yang diperolehi terus meningkat baik”, ujarnya.

Pelancaran Jentera yang dirasmikan oleh Ustaz Abdullah bertujuan untuk mengumpul kekuatan parti di peringkat cawangan di dalam kawasan kerana kemungkinan PRU-15 akan berlaku pada Oktober 2022.

Turut berlangsung mesyuarat agung PAS Kawasan Ledang kali ke-37 pada hari yang sama dan dihadiri oleh Pengarah Pilihanraya PAS Negeri Johor, Rusman Kemin serta pemangku Yang diPertua PAS Kawasan Ledang, Mustafha Saleh.

Bacaan ikrar petugas serta persembahan montaj turut dijalankan.