Home Berita PAS Sabah

Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kudat medan muhasabah

90
SHARE

Oleh NURUL JANNAH ABDULLAH
24 Julai 2022

KUDAT: Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) PAS Kawasan Kudat Kali Ke-9 telah berjaya dilaksanakan di Kg. Indah, Pitas, hari ini.

Menurut Yang Dipertua PAS kawasannya, Ahmad Kapok, dengan pembentangan laporan tahunan Dewan Pemuda, Dewan Muslimat, Dewan Himpunan Pendukung PAS dan semua lajnah menjadi medan muhasabah bagi memperkemaskan lagi gerak kerja.

“Saya amat berharap semua ahli dapat menjaga ukhuwwah sesama kita biarpun ada ramai di kalangan ahli yang sudah berpindah ke kawasan baharu.

“Selain itu, saya turut berharap agar setiap ahli membantu mencari dana kawasan bagi memperkukuhkan lagi kewangan kita supaya lebih banyak program yang boleh dilaksanakan terutamanya yang berkaitan dengan kebajikan masyarakat,” ujarnya lagi.

Selepas pembentangan disusuli dengan perbahasan usul untuk diangkat ke peringkat negeri iaitu supaya negeri dapat mempercepatkan proses pendaftaran cawangan bagi melancarkan gerak kerja di peringkat akar umbi.

Semasa perasmian mesyuarat itu juga, PAS kawasan telah menerima 68 permohonan ahli baharu daripada cawangan Kalumpang.

Turut diadakan pembentangan kertas kerja yang disampaikan oleh Timbalan Lajnah Tarbiyah dan Perkaderan PAS Sabah, Ustaz Mohd Hamyzan Hussain, bertajuk ‘Islah Al-Hukumah : Realiti Masa Kini dan Cabaran Mendatang’ sebagai muhasabah dan peringatan kepada ahli.