KUALA TERENGGANU – Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA) Terengganu telah menyerahkan bantuan banjir fasa pertama kepada wakil Khidmat Malaysia Hulu Terengganu.
Menurut Pengerusi Tetap PAPISMA, Dr. Roslan Yusoff, bantuan tersebut adalah sebahagian daripada usaha berterusan pertubuhan itu untuk meringankan beban mangsa banjir di kawasan terjejas.
“Bantuan yang diserahkan melibatkan 100 unit bekalan makanan, 50 kotak air mineral, 50 unit kit ubat-ubatan, kit pergigian (dental kit) dan tuala.
“Kesemua barangan dihantar menggunakan kekuatan logistik dua kenderaan pacuan empat roda dan empat buah kereta,” jelasnya.
Beliau berkata demikian dalam laman sosialnya pada hari ini.
Tambah Dr Roslan, PAPISMA Terengganu akan terus komited dalam membantu mangsa banjir melalui kerjasama dengan pelbagai agensi dan badan sukarela.
“Bagi yang ingin turut sama menyumbang, teruskan menyumbang melalui PAPISMA Terengganu dengan menyalurkan kepada akaun, SMART PAPISMA SERVICE, Maybank, 563064122433 rujukan bencana2024.
“Semoga sumbangan ini mampu meringankan beban mangsa banjir dan bersama kita bantu mereka yang memerlukan!,” ujarnya lagi.