🔴 TERKINI
JENTERA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN PERKUKUH GERAK KERJA, GEMPUR DUN TIRAM DEMI KEMENANGAN PERIKATAN NASIONAL JENTERA PAS WANGSA MAJU DIGERAKKAN KE DUN TIRAM, TEKAD MENANGKAN CALON PERIKATAN NASIONAL “INI MASA BEKERJA, BUKAN MENONTON” PEMUDA PAS WP GESA JENTERA TURUN PADANG ‘Sudah Kuasai PN, Kini Masa Tawan Putrajaya’ Dewan Ulamak PAS WP Perhebat Gerak Kerja PRU16 DHPP Wilayah Persekutuan Komited Turun Padang, Sasar Bantu Kemenangan PAS pada PRU16 GEGAR DEWAN FADHIL NOOR: PAS WILAYAH PERSEKUTUAN ISYTIHAR SIAGA PRU16, ANNUAR MUSA BAKAR SEMANGAT JENTERA DI BARISAN HADAPAN DEMI PERJUANGAN: JABATAN AMAL WILAYAH PERSEKUTUAN SEDIA BERKHIDMAT DI N.40 TIRAM PAS Wangsa Maju Lancar Misi Tawan Hati Masyarakat Bukan Islam, Poovan Ikigaai Dilantik Terajui Pendukung PAS JENTERA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN PERKUKUH GERAK KERJA, GEMPUR DUN TIRAM DEMI KEMENANGAN PERIKATAN NASIONAL JENTERA PAS WANGSA MAJU DIGERAKKAN KE DUN TIRAM, TEKAD MENANGKAN CALON PERIKATAN NASIONAL “INI MASA BEKERJA, BUKAN MENONTON” PEMUDA PAS WP GESA JENTERA TURUN PADANG ‘Sudah Kuasai PN, Kini Masa Tawan Putrajaya’ Dewan Ulamak PAS WP Perhebat Gerak Kerja PRU16 DHPP Wilayah Persekutuan Komited Turun Padang, Sasar Bantu Kemenangan PAS pada PRU16 GEGAR DEWAN FADHIL NOOR: PAS WILAYAH PERSEKUTUAN ISYTIHAR SIAGA PRU16, ANNUAR MUSA BAKAR SEMANGAT JENTERA DI BARISAN HADAPAN DEMI PERJUANGAN: JABATAN AMAL WILAYAH PERSEKUTUAN SEDIA BERKHIDMAT DI N.40 TIRAM PAS Wangsa Maju Lancar Misi Tawan Hati Masyarakat Bukan Islam, Poovan Ikigaai Dilantik Terajui Pendukung PAS
NegeriTerengganu

Buka Peluang Jana Pendapatan Kreatif

Oleh ; Rohayati Ripin

KUALA TERENGGANU – Kursus khas dalam bidang gubahan bouquet dan surprise delivery berjaya menarik penyertaan 15 individu yang berminat untuk menjana pendapatan melalui perniagaan kreatif.

Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS kawasan Setiu, Rohani Awang, berkata kursus ini bertujuan membantu peserta mempelajari kemahiran asas dan memulakan kerjaya dalam bidang tersebut.

“Kursus ini terbuka kepada mereka yang benar-benar berminat untuk menjana pendapatan dan membantu suami dari segi kewangan.

“Ia direka khas untuk peserta yang ingin mempelajari kemahiran asas dalam gubahan bouquet dengan pantas,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi semalam, mengulas mengenai kursus gubahan bouquet anjuran Lanjah Ekonomi Muslimat DUN Langkap.

Menurutnya, kursus ini turut mendapat sokongan daripada NGO yang menyediakan bantuan pemasaran dan hebahan bagi memudahkan peserta memasarkan produk mereka.

“Kursus ini akan diadakan secara berkala, dan pihak penganjur akan terus memantau perkembangan peserta untuk memastikan mereka berjaya dalam perniagaan masing-masing.

“Peserta akan mempelajari prinsip asas dalam menghasilkan gubahan bouquet yang menarik dan berkualiti, sesuai untuk kegunaan peribadi atau memulakan perniagaan bouquet,” katanya.

Rohani turut menekankan bahawa pihak penganjur akan memastikan mutu pengajaran dan pembelajaran terus ditingkatkan dengan lebih berfokus kepada penggunaan bahan-bahan berkualiti.

“Untuk meningkatkan minat peserta, kami menggunakan pendekatan kreatif dan inovatif dalam sesi pengajaran, selain memastikan pengurusan masa yang cekap sepanjang kursus ini,” ujar Rohani.

Justeru itu, beliau berharap kursus ini dapat membantu peserta memanfaatkan ilmu yang diperoleh untuk menjana pendapatan.

“Kursus ini adalah langkah proaktif untuk membantu individu mengembangkan kemahiran dan mencipta peluang ekonomi baharu, selaras dengan usaha meningkatkan taraf hidup masyarakat setempat.

“Selepas kursus, peserta boleh memulakan perniagaan dengan menerima tempahan untuk surprise delivery, gubahan hantaran pertunangan, perkahwinan, bunga, serta gubahan buah-buahan untuk majlis rasmi dan tidak rasmi,” tambah Rohani.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️