Home Berita PAS Kelantan

Panel berautoriti ‘Fokus’ isu semasa di Studio UPKN

7
SHARE
Oleh NORZANA RAZALY
KOTA BHARU, 15 Jul: Sebuah lagi rancangan terbaharu terbitan Urusetia Penerangan dan Komunikasi Negeri Kelantan (UPKN) berjenama Fokus menemui penonton bermula 1 Jun lalu.
Pengarah UPKN, YB Ustaz Ahmad Fathan Mahmood berkata Fokus adalah slot perbincangkan isu-isu semasa yang dikupas secara terperinci oleh panel yang berautoriti.
“Kepakaran dan kewibawaan panel untuk menjawab persoalan isu-isu semasa yang berlaku di dalam negeri amatlah penting bagi menjamin keyakinan audien.
Contohnya episod yang menampilkan Ketua Polis Negeri, Pengarah Majlis Keselamatan Negeri, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri mendapat tontonan sehingga ribuan angka dan ditularkan sebagai klip pendek.
Objektif kami adalah untuk menjawab mengemukakan jawapan yang sahih dan tepat terhadap setiap persoalan rakyat agar mereka faham dan peka dengan keadaan semasa”, ujarnya.
Lima episod telah disiarkan pada setiap Selasa, pukul 11 pagi hingga 12 tengahari melalui Studio UPKN dengan paparan pengenalan tentang Vaksin: Apa Kata Pakar? menampilkan Pensyarah Bioperubatan Pusat Pengajian Sains Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr Shaharum Shamsuddin.
Manakala episod terkini yang bersiaran pada 13 Julai lalu bertajuk Stress! Kawal, Urus, Tenang dan Menang dikupas oleh Pegawai Psikologi Bahagian Hal-Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni (BHEPA) USM Kota Bharu, Mohd Norzulhairi Othman.
Program kelolaan moderator Azimi Mahmood tersebut dikoordinasikan oleh Unit Libat Urus Masyarakat (ULUM) UPKN.
Selaku penerbit rancangan, Wan Nor Farhani Wan Hassan berharap slot fokus ini dapat mencapai sasaran tontonan yang tinggi. Sekali gus penyebaran maklumat sampai kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dengan jelas.