Home Berita PAS Kelantan

ADUN Kelaboran bersama JACK sampaikan bantuan

21
SHARE
Oleh NIK AZMAN NIK MUSTAFA
KOK KELI, 15 Jul: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kelaboran, YB Adanan Hassan bersama Skuad Cakna Jejak Amal Covid Komuniti (JACK) menyatuni penduduk di kampung Kok Keli serta menyampaikan bantuan kepada keluarga yang terjejas pendapatan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, semalam.
JACK adalah program inisiatif Urus Setia Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita (U-KeKWa) yang bertujuan menjejaki rakyat yang terjejas pendapatan akibat PKP 3.0.
Antara penerima bantuan ialah buruh binaan, nelayan sungai, pemandu lori dan bekerja sendiri.