Home Berita PAS Kelantan

Outreach UPKN: Sampaikan maklumat sahih, cakna dan prihatin terhadap rakyat

28
SHARE

Oleh CHE MAZIAH MAT

PASIR PUTEH, 4 Oct: Program Outreach Urus Setia Penerangan dan Komunikasi Negeri Kelantan (UPKN) kelolaan Unit Urus Libat Masyarakat (ULUM) peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Semerak berlangsung semalam.

Objektif program ialah menzahirkan kecaknaan dan kebersamaan terhadap rakyat, menyampaikan maklumat yang tepat, jelas dan sahih serta fokus terhadap agenda kesejahteraan dan keprihatinan rakyat.

Program sehari tersebut melibatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semerak, YB Wan Hassan Wan Ibrahim dan urus setia DUN dengan pelbagai aktiviti kemasyarakatan.

Antaranya, ziarah dan memberi sumbangan kepada 12 buah keluarga yang terdiri daripada warga emas, penyakit kronik, OKU dan golongan susah dalam kalangan masyarakat Melayu, Cina dan Siam di kawasan tersebut.

Penyampaian maklumat sahih melalui edaran risalah dan buletin terbitan UPKN kepada orang ramai turut dilakukan di kawasan tertumpu seperti di kedai kopi, gerai makan dan juga penjaja di sekitar pesisir Pantai Bisikan Bayu.