Home Berita PAS Kelantan

ADUN Semerak santuni penduduk tanpa mengira kaum

36
SHARE

Oleh NIK AZMAN NIK MUSTAFA

PASIR PUTEH, 4 Oct: Rakyat di Semerak bertuah mempunyai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang berjiwa rakyat dan sentiasa cakna dengan keperluan penduduk setempat.

Majoriti penduduk kampung berbangga dan berterima kasih kepada ADUN Semerak, YB Wan Hassan Wan Ibrahim (YB Tok Wan) kerana sentiasa turun padang dan prihatin dengan masalah rakyat.

Shakri Ismail, 51 anak jati Kampung Lembah berkata, YB Tok Wan seorang yang dekat dengan rakyat kerana selalu berjumpa dan bertanya khabar.

“Beliau serasi dengan rakyat tanpa mengira usia, kerana apa-apa sahaja keperluan rakyat akan cuba dipenuhi, contohnya baru-baru ini beliau telah membina gelanggang sepak takraw untuk belia kampung bersukan”, kata Shakri ketika ditemu bual melalui program Outreach UPKN, semalam.

“Tok Wan bagus, cakna rakyat dan tidak pilih kasih untuk bagi bantuan. Semua orang dilayan sama rata tanpa mengira latar belakang politik. Apabila tahu tentang orang sakit atau meninggal dunia di kampung ini, beliau segera turun untuk ziarah dan beri sumbangan”, kata Mohamad Jaafar, 70, berasal dari Kampung Cherang Ruku.

Manakala Eh Wit anak lelaki Eh Po, 60, berketurunan Siam, mengakui sudah kenal lama dengan Tok Wan yang banyak bagi bantuan kepada orang Siam di kampung ni.

“Tok Wan sendiri pandai cakap Siam, jadi kami lebih mesra dan selesa bercakap dengan dia. Kalau kami perlu apa-apa bantuan, pergi sahaja ke pejabat atau rumah dia, pasti akan dilayan dan dibantu”, ujar Eh Wit.

Kang Bee Chai, 56, berbangsa Tiong Hwa pula berkata, YB Tok Wan sangat baik, peramah dan sentiasa bertegur sapa. Sebelum pandemik, setiap kali tiba musim perayaan Tahun Baru Cina, beliau akan membuat jamuan secara besar-besaran di dewan serba guna bagi meraikan kami dan juga penduduk sekitar.

#KelantanHarmoni
#KelantanBerbilangKaumHidupRukun