Home Berita PAS Kedah

Ops bakul makanan terus dipergiatkan

86
SHARE

Oleh  AZMI YAHYA

MERBOK, 25 Julai : Seramai 85 keluarga di Dun Tanjung Dawai menerima bakul makanan dan ayam. Mereka terdiri dari golongan yang terjejas dan terputus bekalan makanan dan yang sedang dikurantin akibat pendemik covid 19.

PAS Kawasan Merbok mengambil inisiatif untuk membantu mereka dan meringankan sedikit bebanan yang dirasai oleh pendudok.

Rombongan di ketuai oleh Pegawai Khas Menteri Besar Kedah merangkap YDP PAS Kawasan Merbok Ust Azizan Hamzah bersama Us Hanif Ghazali Adun Tanjung Dawai merangkap Timbalan YDP PAS Kawasan Merbok dan di iringi oleh amilin amilin yang bergerak membantu pimpinan untuk menyerahkan sumbangan.

Antara tempat yang di ziarahi ialah Pengkalan Kakap, Kg Hilir, Batu Hampar, Kampung Bujang, Taman Lembah Bujang, Kampung Batu Besi, Pengkalan Langgar, Semeling, Taman Malinja, Taman Universiti Aimst, Sungai Layar Hujung, Sungai Jagong dan Taman Sri Tanjong.

Sedikit bantuan yang di sumbang sudah cukup mengembirakan mereka kerana dengan sedikit bantuan dapat meringankan sedikit bebanan yang di tanggong oleh pendudok.

PAS Kawasan Merbok akan terus berusaha mencari dana untuk membantu pendudok yang terjejas akibat terputus bekalan makanan dan yang di kurantin akibat pendemik covid 19 ujar Ust Azizan Hamzah.

Turut hadir ialah Ajk PAS Kawasan Merbok, Ajk PKWR Dun Tanjung Dawai dan pimpinan setempat yang mengiringi rombongan ke destinasi destinasi yang di senaraikan.