Home Berita PAS Pahang

ADN Chenor ziarah pemuda pesakit saraf

50
SHARE

Oleh: RAMLI AWANG

CHENOR, 25 Julai :: Ahli Dewan Negeri (ADN) Chenor YB Ustaz Mujibur Rahman Ishak hari ini menyerahkan katil pesakit kepada Mohd ikmal Haikal Roslan, 20 tahun di Kg Jengka Batu 13 di sini.

Mohd Ikmal mengidap sakit saraf sejak 3 bulan lalu. Beliau tidak mampu untuk berjalan sendiri. Pergerakannya hanya dibantu oleh ayah dan adiknya.

Menurut ayahnya, fizikal Mohd Ikmal sebelum ini adalah normal. Namun secara tiba-tiba mengalami masalah saraf menyebabkan beliau tidak mampu lagi untuk berjalan.

Beliau hanya terbaring di atas tilam yang dihampar di lantai. Dengan adanya katil itu memudahkannya untuk menaiki kerusi roda.

Turut bersama dalam ziarah itu ialah Ketua PAS Cawangan Kg Jengka Batu 13 Mohd Rafi Abd Rahman.

Ustaz Mujibur mendoakan semoga Allah memberikan kesembuhan kepada Mohd Ikmal dan memudahkan urusannya.

::===::===::===::===::===::===::===::