Home Rencana PAS Perak

KARYA KREATIF | Si Musafir…

203
SHARE

Si Pemusafir…

Aku seorang musafir,
Yang sedang mencari ketenangan jiwa,
Jalan berarah mana haluan,
Arah mana kutuju,
Segalanya kuserahkan kepada Tuhan,
Hanya Tuhan sahaja yang tahu

Aku seorang musafir,
Yang sedang melihat keindahan alam,
Keindahan alam yang dijadikan tuhan,
Betapa indahnya nikmat yang terciptanya,
Nikmat alam dirasai manusia,
Alam yang tenang dan tenteram

Aku seorang Musafir,
Yang mencari ilham naluri sejati,
Dengan angin deruan nan lalu,
Menderu menusuk kalbu mindaku,
Dengan mataku melihat alam sekeliling,
Yang penuh dengan irama hidup,
Irama hidup yang amat berbeza

Musafir pada setiap jalanku,
Pelbagai ujian dan pandangan mata,
Bayangan wajah insan berdosa ini,
Sedang bermusafir mencari sinar hidayah,
Menghapus dosaku yang silam,
Harapku diberi petunjuk oleh-Nya,

Mentari terbit terang bercahaya,
Panas terik memanah haba,
Seribu batu perjalananku ini,
Betapa jauh kubawa hidupku,
Berlayar di tepian tuju haluan,
Harap dilindungi oleh-Nya,

A. NAZIM
Jalan Tun Razak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur