Home Artikel PAS Melaka

Operasi sanitasi premis PASTI Alor Gajah

507
SHARE

Oleh : Anas Abdullah

ALOR GAJAH : Jabatan Amal Malaysia (JAM) Kawasan Alor Gajah telah menjalankan operasi sanitasi dan nyah kuman di enam buah cawangan PASTI di sini semalam seperti yang dilaporkan di dalam Facebook Dewan Pemuda PAS Kawasan Alor Gajah hari ini.

“Enam buah PASTI cawangan terlibat ialah PASTI Smart Soleh (Taman Murai Jaya), PASTI Al-Munawarah-2 (Kampung Gangsa), PASTI Al-Munawarah-3 (Taman Tuah), PASTI Aulad Pintar (Taman Dimensi), PASTI At-Taqwa-1 (Kampung Jelatang) dan PASTI At-Taqwa-2 (Taman Mutiara).

“Operasi ini dijalankan bertujuan sebagai persediaan pembukaan sesi persekolahan PASTI pada 1 Julai ini serta sebagai langkah pencegahan awal bagi membendung penularan COVID-19.” kata laporan itu.

Sementara itu, Komandan JAM Kawasan Alor Gajah, Tuan Ahmad Farid Ibrahim dalam laporan yang sama turut mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada Jabatan Amal Malaysia (JAM) Negeri Melaka yang turut membantu operasi sanitasi dan nyah kuman di PASTI Fatimah Az-Zahra, Asahan, baru-baru ini.

Laporan itu juga menyebut bahawa Timbalan Ketua Pemuda PAS Kawasan Alor Gajah yang juga Pengerusi Jabatan PASTI Kawasan Alor Gajah, Mohd Afif Che Roselam adalah antara yang turut hadir dalam program tersebut.


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)